Pembaharuan Harlem

Pembaharuan Harlem (Bahasa Inggeris: Harlem Renaissance) merupakan suatu fenomena pemesatan intelektual, sosial, dan kesenian yang berpusat di kejiranan Harlem, Manhattan, Bandar Raya New York sepanjang tahun 1920-an. Kejiranan ini banyak menarik perhatian orang kulit hitam yang duduk tersebar di kawasan-kawasan utara Amerika Syarikat setelah penghijrahan besar-besaran[1] dari kawasan selatan kerana kesusahan ekonomi dan penindasan dialami malah juga banyak penulis bahasa Perancis kelahiran jajahan-jajahan Caribbean dan Afrika yang menduduki Paris pada zaman itu.[2][3][4][5]Pergerakan ini mengumpul dalam gagasan Negro Baru yang cuba menerapkan ketinggian intelek dan produksi sastera, seni, dan muzik untuk menentang sentimen perkauman dan tanggapan sempit berleluasa terhadap kaum ini sambil mempromosikan politik progresif atau sosialis, "menaikkan" bangsa kulit hitam sambil bersatupadu dengan bangsa kulit putih.Fenomena ini dilihat sebagai pelonjak dan pemberi pengaruh utama kepada budaya Afrika Amerika[6] seterusnya memberi kesan kepada budaya umum Amerika Syarikat itu sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Pembaharuan Harlem http://www.authorsden.com/visit/viewarticle.asp?id... http://www.bloomsbury.com/us/underneath-a-harlem-m... http://articles.latimes.com/1995-01-01/opinion/op-... http://www.oldmagazinearticles.com/article-summary... http://www.jcu.edu/harlem/French_Connection/page_1... http://myloc.gov/Exhibitions/naacp/newnegromovemen... https://www.nytimes.com/1987/02/08/magazine/harlem... https://www.nytimes.com/1998/05/24/arts/art-a-1920... https://www.evl.uic.edu/cavern/harlem/ https://exchange.umma.umich.edu/resources/23636